PENAMPANG: Juara Unduk Ngadau 2021 Maya Hejnowska menggesa rakyat Sabah yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 agar tidak menangguhkan tindakan itu.
"Adalah penting untuk kita mendaftar secepat mungkin kerana vaksin adalah satu daripada kaedah untuk melindungi diri sendiri dan orang di sekeliling kita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Maya yang mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) hari ini berkata vaksinasi amat penting bagi membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok tidak lama lagi.
Pemenang Unduk Ngadau, satu pertandingan ratu cantik yang diadakan setiap tahun pada acara kebudayaan Kaamatan di Sabah, berkata beliau juga memahami ada sesetengah orang yang takutkan jarum dan disuntik.
"Itu juga terjadi kepada saya. Tetapi, ia tidaklah begitu menakutkan selepas anda berjaya mengharunginya. Benar apa yang orang kata rasa sakitnya seperti digigit semut. Bagi saya, proses suntikan amat cepat, kemudian selesai," katanya.
Semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin berkata hampir 40 peratus penduduk Sabah menerima suntikan dos pertama vaksin sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri dimulakan pada Mac, manakala 18 ke 10 peratus telah menerima dua dos suntikan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021
Maya Hejnowska menggesa rakyat Sabah segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19. - Gambar/ Bernama
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Maya Hejnowska gesa rakyat Sabah daftar vaksin COVID-19
Juara Unduk Ngadau 2021 Maya Hejnowska menggesa rakyat Sabah yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 agar tidak menangguhkan tindakan itu.
'Tampil jika pernah jadi mangsa gangguan seksual' - Persatuan Unduk Ngadau Sabah
Audrey Wilson Rantau berkata mereka bersedia untuk mendengar serta memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang terjejas.
Sukar laksana penilaian Unduk Ngadau secara dalam talian
Penilaian untuk mengangkat seseorang individu wanita sebagai Unduk Ngadau memerlukan kriteria dan perincian murni.
Memartabat pakaian tradisi Sabah
Bagi Bruno George Sadiwa, minatnya dalam menghasilkan baju-baju tradisi kaum di Sabah mula berputik seawal usia 17 tahun.